wahai hatiku sayang
terjadi dalam hidupmu pelbagai pengajaran
Allah izinkan ia terjadi kerna inginkanmu menjadi kuat
mengambil sedikit kekuatan khadijah, aishah dan fatimah
wahai hatiku sayang
kesabaranmu direntap pelbagai individu
percayalah ini sebahagian kehidupan yang perlu kau tempuhi
maka bersabarlah
wahai hatiku sayang
jangan menjadi bak daun kering
yang terlalu mudah disapa angin
dan berubah pendirian serta keyakinan
jadilah seperti sang rembulan
selalu teguh ditempatnya walau awan menutupinya
tegar dalam melalui ujian yang mendatang
wahai hatiku sayang
puisi ini bukan puisi pujukan untuk bermain-main perasaan
tapi puisi ini untuk menjadikan kau lebih faham tentang kehidupan
usah gusar dengan manusia kerna Allah saja yang dapat menerimamu
hati yang penuh noda ini
jadilah hati yang suci
setiap taubatmu diterima Allah
kerna Rabbmu lebih mengenalimu
senyumlah wahai hati yang menangis
kuatlah, tabahlah melalui pertempuran di medan kehidupan
p/s: aku tidak pernah bermimpi untuk menjadi sehebat srikandi srikandi Islam tapi aku ingin berusaha sedaya mungkin untuk menjadi seperti mereka...ameen...

1 kata nasihat:
jom sme2 jge hati ^^
Post a Comment