Bismillahirrahmanirrahim....
Asykuru 'ala jami' ni'matillah..."Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi".......
Sollu 'ala nabiyyina Muhammad S.A.W...
Hari Isnin yang lalu, saya, emak dan adik lelaki pergi menghantar adik bongsu pulang ke asrama, kereta dipandu oleh adik lelaki saya...terasa seperti menaiki kereta "unta" di padang pasir...(^_^).. kerana dia baru shj mendapat lesen...
Sepanjang p'jalanan, saya ditemani dgn radio IKIM..ketika itu diskusi ilmiah tentang mukmin profesional yang disampaikan oleh ust Pahrol juoi...
Apa yang dapat?
Banyak ilmu yg saya dapat... tapi apa yg menarik utk dikongsikan di sini ialah seekor ikan...
Mari kita singkap kehidupan makhluk ALLAH ini...
Analoginya....
Seekor ikan apabila ia hidup di lautan, sungai, kolam, air masin, air tawar hatta mana2 tempat asalkan ada air, isinya tetap mempunyai rasa yg sama...sedap...laziz...
TETAPI
Jikalau seekor ikan itu hidup di darat(sdah mati).... Rasa2 apa yg jadi? Isinya akan bertukar rasa..iaitu rasa masin kerana faktor persekitaran..cuba imagine nelayan2 (tok saya rajin juga buat ikan masin ni..=)..) yg menjemur ikan utk dijadikan ikan masin...
Begitulah dengan hati manusia... Jikalau hati itu hidup..selalu diberi makanan rohaninya...kecukupan rohaniahnya sentiasa dijaga... InsyaALLAH... hatinya qalbun saleem...
Tetapi....jikalau hati itu sudah mati... mudah bagi seseorang itu utk dipengaruhi oleh faktor2 luaran... Lantas hatinya 'masin'(tidak rasa lazat) utk ubudiyyah kepada Ilah...
Cun m0lek analogi dibawa ust...
هذا فقط مني... الله تعالى أعلم... أستغفر الله العظيم لي ولكم...والسلام عليكم
0 kata nasihat:
Post a Comment