Basmalah menjadi permulaan...Bismillahirrahmanirahim...
Selaut kesyukuran bahkan lebih dari itu kepada Ilah kerana memberi peluang untuk hidup lagi, menyedut oksigen, melihat suasana pada pagi yang barakah ini....Alhamdullillah wa asykuru lilllah 'ala ni'matihi...
S0lluu 'ala nabiyyina Muhamad...Sayyidul mursaliin...Khotimul anbiya'....
********************************************************************************
6.22 PM Sahabat : Al-Fatihah buat Dr. Lo'lo yang telah kembali ke reahmatullah...
(saya forward kepada kawan2 yang lain dan Dr. Yasir)
6.49 PM Dr. Yasir : Saya kenal, dialah yang sambut Nabilah, Lubna & Husna masa lahir... Inanalillah Wa inna ilahi roji'un...
Beberapa minit kemudian...tit..tit..mesej masuk...
7.07 PM Dr.Yasir : Ana baru dapat sms mengatakan itu tak betul, buktinya klu kita buka blog & facebook dia.. Xpa mungkin ada orang tersilap faham & send pada inti & org2 lain..(Ini husnu zhan)
12.05 AM Dr.Yasir : Ini berita benar & baru Dr. Lo'lo' dah meninggal jam 10.15 malam.... Innalillah.. Jenazahnya akan dibawa ke masjid Al-Akram Dato' Keramat. Akan dikebumi pagi esok...
*************************************************************************
“Kullu nafsin dzaa iqatul maut…. -Setiap yang bernyawa akan merasakan mati….-” ( Ali Imran [3]: 185)
Tatkala mendapat mesej dari sahabat saya pada petang itu, saya memang amat tersentak dan amat terkejut... Saya pon tak tahu mengapa saya begitu..sedangkan mengenali Dr. Lo'lo hanyalah melalui dada2 akhbar terutama dari akhbar Harakah...apatah lagi berjumpa secara live dengan beliau...
Sebelum tidur, saya memikirkan kembali.... Kenapa perasaan saya sedih sangat dengan pemergian Almarhumah...
Otak ligat mencari mencari jawapan....
* Dr. Lo'lo tidak sempat untuk bertemu Ramadhan... Bagaimana pula aku? Sempat ke tak?
* Dr. Lo'lo menghadap Illahi pada bulan Sya'aban...bulan yang mulia... Bila pula aku? Bulan apa?
* Dr. Lo'lo adalah seorang ilmuwan... teringat saya sebuah Hadis...
عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالما اتخذ الناس رءوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا
“Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ‘ilmu itu dengan mematikan ‘alim ‘ulama’, maka apabila sudah ditiadakan ‘alim ‘ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ‘ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)
Terasa semakin bertambah rasa tanggungjawab...Allah...demi masyarakat akan datang....
* Dr. Lo'lo adalah politician wanita yang hebat... Apa pula yang hebat dari aku untuk disumbangkan pada ummah??
* Dr. Lo'lo meninggal sebagai seorang pejuang agama.... AKU???
Allahummaghfir laha warhamha wa'afiha wa'fu anha. Innalilahi wa inna ilayhi raji'un. Perginya diiringi doa jutaan para pencinta Islam...
|
Almarhumah Dr Lo' lo' Bt Mohd Ghazali...Al-Fatihah... |
|
Gambar diambil dari Fb Dr. Harlina... |
Semoga pengakhiran hidup kita ditutupi dengan husnul khatimah...Dimatikan dalam iman...Dapat melafazkan kalimah ALLAH saat nyawa di ghargharah (halqum)...
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)
~ Cukuplah kematian itu sebagai peringatan... ~
Terima kasih ya ALLAH telah membuatku ingat kembali untuk mempersiapkan kedatangan hari itu....