Abang Adam,
Maafkan Hawa kalau coretan ini memanaskan hati abang..
Sesungguhnya Hawa adalah Hawa..
Teman yang abang mohon untuk mengisi kesunyian abang di syurga dulu..
Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk abang yang bengkok..
Jadi,tidak hairanlah kalau Hawa sentiasa perlukan bimbingan dari abang untuk menempuhi perjalanan hidup ini..
Sentiasa nyaris terpesong dari landasan kerana Hawa buruan syaitan..
Abang,
Allah mentakdirkan kaum Hawa lebih ramai kaum abang di kala akhir zaman ini..
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya..
Seandainya Allah mentakdirkan bilangan kaum abang lebih kaum Hawa..
Habis merah dunia ini dengan darah manusia..
Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.
Sebagai bukti..
Cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil..
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga..
Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan abang beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
Abang,
Al-Quran telah menyatakan yang abang diberi kuasa untuk menbimbing Hawa..
Abang telah diberi amanah mendidik Hawa..
Abang diberi tanggungjawab untuk menjaga, memerhati dan mengawasi Hawa agar redha Allah sentiasa menaungi kita..
Tapi abang, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaum Hawa?
Kini, Hawa dan kaum Hawa telah ramai yang menderhakai abang..
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan..
Abang,
Abang selalu cakap Hawa degil..
Tidak mahu dengar kata!
Tidak mudah makan nasihat!
Kepala batu!
Tapi abang..
Cuba abang tanya diri abang,
Siapakah ikutan abang?
Siapakah rujukan abang?
Dalam mendidik Hawa yang lemah ini..
Adakah Muhammad s.a.w ikutan abang?
Adakah Muhammad s.a.w rujukan abang?
Adakah akhlak-akhlak abang boleh Hawa contohi?
Abang,
Sebenarnya abanglah imam dan Hawa adalah makmum abang..
Hawa adalah pengikut abang sebab abang lah amir.
Kalau abang benar Hawa pun benar..
Kalau abang lalai,lalailah Hawa..
Abang jangan lupa..
Abang ada satu kelebihan anugerah Tuhan..
Abang ada sembilan akal, nafsu abang satu..
Dan Hawa, akal Hawa satu nafsu Hawa beribu!
Dari itu abang,gunakanlah ketinggian akal abang untuk membimbing Hawa menempuh mehnah duniawi ini..
Abang..
Pimpinlah tangan Hawa kerana Hawa selalu lupa dan lalai..
Hawa selalu tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu Hawa dan kuncu-kuncunya..
Bimbing dan bantulah Hawa dalam mendekati Dia..
Dia pemilik cinta sekalian semesta..
Perdengarkanlah Hawa zikir cinta untuk Nya..
Alunkanlah pada Hawa tasbih kasih memuji Nya..
Dodoikanlah tidur Hawa dengan munajat rindu kepada Nya..
Tiupkanlah roh jihad ke seluruh pelusuk dada Hawa agar Hawa tenang menjadi mujahidah..
Agar Hawa tenang untuk berjuang bersama-sama abang..
Abang,
Kalau abang terus lalai dengan dosa..
Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda..
Masih gentar mencegah kemunkaran..
Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila Hawa yang memerintah..
Malulah abang..
Malulah abang dengan diri abang sendiri..
Hawa sayangkan abang..
Hawa ingin kita berpimpin tangan menuju Firdausi..
Menuju kebahagiaan hakiki..
Di bawah lembayung cinta Rabbul Izzati..
Wallahualam.
Friday, October 30, 2009
Warkah HAWA buat Abg ADAM,,,
nukilan hati huurun aien at 4:21 AM 2 kata nasihat
Tuesday, October 27, 2009
sEdikiT RenuNgan BersAma...
salamullahi'alaik...
ingin dikongsi sdkt kata2 buat renungan kita bersama...
kata2 ini terkesan di sanubari penulis,,moga dgn kata2 ni dpt m'islahkan lg diri ini dan sume....
syukron jzlan buat ust. dzulkhairi...kata2 ini dicopy paste dr blog beliau...
jom sme2 hayati!
***************************************************************
“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”
**************************************************
Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,
“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.
“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.
“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.
“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.
“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”
****************************************************
“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”
nukilan hati huurun aien at 12:43 AM 0 kata nasihat
Saturday, October 24, 2009
mY HoLiday...
Salamullahi'alaik buat sume,,,,
Lafazkan kalimah syukur,,alhamdulillah...tak lupa juga,,allhumma solli ala muhammad....
Kali ini ingin dicoretkan serba sdkt tntg oliday,,,kdg2 kena jln2 jge coz bak kata org tua2 jauh perjlnan luas pemandangan,,,lg pon berkbtlan pla dh hbs exam,,mmg tepat sgt la wktu nya,,,

Tmbh pula,,,dpt jge kte melihat betapa agungnya ciptaan Allah,,kdg2 x terbayang dek akal manusia yg cetek...btul x?

Kali ni destinasi plhan ialah cmron highlands,,ikutkan nk gi tmpt len,,tp atas p'mintaan penulis pd abah mak,,dpt jge,,hihi

Kalau diizinkan Allah,ingin sja nk tngal kt sana,,,tp ada rsiko jge,,al maklom la tnh tngi kan,,,mst ada landslide..lg satu ikan kat sana mahal2 ckt coz dah dok jauh dr laut,,mmg agk ssh la nk dpt hdpn laut,,tp sapa xtau,,,c.highland ni kaya ngn sayur..smpi ada sje sayur yg xpenah kte tgok,, xclap penulis syr tu nama dy kimchan,,hehe,,btoi ke tak ni sbut,,lg satu! strawberi mmg kat c2 je pusat tnman nye di Malaysia ni,,
Mengikut obsrvtion pnlis,,pasar mlm kat sana,bleh la thn hrga,,bju t-shirt yg labuh tu mmg murah,,,mak beli sorang stu utk wat kenangan,,tp penlis dpt lbeh,,hehe...kbykan peniaga kt c2 terdiri dari melayu n cina,,,WOw!konsep one malaysia nih!

Actually,,nk upload gmbr tp tenet agk slow...so,,entri yg akn dtg la pnlis upload gmbr,,,
Konklusinya,,kena la jge melancong sekli dua utk meningkatkan lg rasa ketaqwaan kita pd ALLah.yg baik e2 dtg dr Allah n yg brok e2 dtg dari diri yg dhoif ini...
Ok,,see u next entri!
SALAM SATU MALAYSIA!!haha..xmaula..

SALAM UKHWAH ATAS DASAR SATU AKIDAH!!! Bru btul,,hehe...

nukilan hati huurun aien at 8:28 AM 0 kata nasihat
Thursday, October 15, 2009
NoveL piLihaN...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,,,,
Salamun'alaik,,,alhmdllah3x....msh lg diberi ksmptn umur utk hdp n beribadah kpd NYA... slwt dan salam ats jnjgn baginda dan para shbt...
InsyaAllah kali ni penulis nk berkongsi tntg sebuah novel yg menjd plhn hati...
Cuti ni,,novel yg menjadi plhan ialah melakar cnta Firdausi,,,novel ni kepnyaan ro0mate Nabila,, thankz Nabila,,ssnguhnya buku ni byk memberi input2 utk mentarbiah hatiku ke jln NYA…
Novel ini mengisahkan tntg sebuah rencah perjuangan dgn bumbu-bumbu PERSAHABATAN,PERJUANGAN dan PERCINTAAN!!
Actually,,pnlis dh bc dh ckt tp xmampu nk hbskan c0z agk cbuk ngn tuntutan assgmnt yg byk,,,s0,alhamdllah dpt jge khatam novel ni,,,
Jom kte bce ckt synopsis novel ni,,,
“Aima insyirah,gadis y berasal dr mlysia menbur bkti sbg sukarelawan di Palestin.Berlatarblkgkan p’golakan palstin Aima insyirah ttp tersenyum membantu rkyt palstin dlm menentang kkjman zionis.
Namun pada saat slrh hatinya ditujukan utk tujuan murni e2,ada serpih hatinya yg tertinggal di Malysia.Naufal Mustaqim,kenalan lamanya kmbali berhubung dgn sejuta hrpn kebahagiaan.
Pada saat hatinya merindu kpd Naufal Mustaqim ,hatinya mla diuji dgn hadirnya Jeneral Rifail Zanki.Jnral Rifail Zanki adlah ketua Briged Ayyubi yg jge menympn ati kpd Aima insyirah.
Pada saat hatinya menginsafi penderitaan pend plstin,kini dirinya pula diuji apabila dia ditangkap oleh tentera zionis.Kalut.Buntu.Terasing.
Doa yg tdk putus2 dri Naufal Mustaqim dek kerisauan yg melanda terhadap srikandinya..
Lalu pada saat hatinya hanya mampu menggambar bahagia ilusi,masih mampukah dia melakar cinta firdausI??”
Begitulah sdkt cter tntg novel ni,,,insyaAllah,,bes,,,diterapkan jge tntg unsur2 islam,,percintaan bagaimanakah yg dibenarkan dlm islam,,bkn sprt zmn skrg,,ble rndunya,,trus nk wat date,,astaghfrullah,,,kter spatotnya berdoa agr rndu kte tu x melebihi dri rndunya kte kpd Allah,,,
Antara ayt yg menarik bg penulis,,,
”Aku tdk menafikan perasaan cintaku kpd dia.Engkau bimbinglah perasaan cntaku padaMU.Engkau jauhkanlah perasaan cntaku dari Naufal.Aku x mmpu utk melupakannya ya ALLAH..Bantulah aku ya Allah,,bantulah aku.Aku tahu semua in I adalah mainan perasaan.Mainan syaitan.Bimbinglah aku Ya Allah.Aku lemah.Aku tdk mmpu menghadapinya seorang diri.Kuatkanlah aku utk menghdpu semua ini ya Allah.Aku tdk rela kalah dgn cnta manusia.Kerana aku tahu cintaku adlh utkMu..”
Semoga kte jge dikurniakan psgn yg soleh n solehah…tp klu nk zauj n zaujah yg baik,,kenalah improve urself dlu,,,insyaAllah kita sume boleh,,fitrah manusia kan suka kpd kebaikan n benci pd kjhatn …
”allahummarzuqni zaujan solihan3x”amen…
Mohon maaf andai ada yg terasa,,,sesungguhya yg baik e2 dari ALLAH,dan yg br0k e2 dtg dari diri yg hina ini,,,apa2 pon sgl2nya disandarkan kpd Allah.
nukilan hati huurun aien at 8:54 AM 1 kata nasihat
Wednesday, October 14, 2009
Riang ria si kecil
Salamun’alaik,,,
Bru2 ni mcm biasa ble cti je,msti kna blik kmpg,,lps rindu kat tok,,hehe,,,
Acapkali ble msuk ja umah tok,, msti ada yg bertnya,,eh bila balik??cti brpa lama??bla plak blik sna?? Mcm2 lg la…mklomla I’m the blue eyes,,hehe…
Tp yg specialnya kli ini,,blek umah tok ada p.cik Haris,m.cik Fiza,p.su sofi n p.njang den.. yg lucu nya ank pak cik haris(nureen shakirah) sebek ja nmpk penulis asyk nk peluk ja,,,adoi,,nsb bek la bdk2,,kte pon lyn ja la,,, smkn dilyn smkn menjadi2 nureen ni,,xpelah,sekali sekala,,,seronok lyn bdk2 ni,,mklomla xde adk kecik,,,suma dah bsr2,,,
e2 lah aksi si cilik nureen shakirah..
nukilan hati huurun aien at 7:56 AM 0 kata nasihat
Sunday, October 11, 2009
ALLAH MAHA MENGETAHUI!!
Bismillahinabda'...
Salamun'alaik,,,,
Buat shbt2 penulis yg acap kali terasa lemah,feel lonely n seumpamanya...Ingatlah kte masih ada ALLAH...ALLAh lah sgl2nya,,saat suka n duka Dia tetap setia berada di sisi kita...
TERIMA KASIH YA ALLAH!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ALLAH MENGETAHUI
Saat kau lelah dan tak berdaya kerana usaha yang gagal
Allah tahu betapa gigih engkau telah berusaha
Ketika sekian lama kau menangis dan batinmu menderita
Allah telah menghitung tangismu
Saat kau rasa waktu terus meninggalkanmu
Allah menunggu bersamamu
Ketika kau kesepian
Dan kawanmu terlalu sibuk meskipun hanya untuk menelefon
Allah berada disisimu
Saat kau telah mencuba semua dan tak tahu harus berbuat apa lagi
Allah memiliki jalan keluarnya
Ketika semuanya tak masuk akal dan engkau bingung atau putus asai
Allah memiliki jawapannya
Saat tiba-tiba hidupmu cerah dan kau temukan secerah harapan
Allah telah berbisik kepadamu
Ketika semuanya berjalan lancar dan banyak yang harus kau syukuri
Allah telah memberkatimu
Saat kegembiraan datang dan engkau merasa terpesona
Allah tersenyum kepadamu
Ketika kau punya cita-cita dan mimpi untuk diwujudkan
Allah telah membuka matamu dan memanggil namamu
Ingatlah, dimanapun engkau dan apapun yang kau hadapi
ALLAH MENGETAHUI !~
*also tribute to shbt yg disayangi~ruhiyah sakinah~
nukilan hati huurun aien at 3:18 AM 0 kata nasihat
Tol0ng sampaikan pada si dia,,,
bismillahiraahmanirrahim....
salamun'alaik,,,,
sekadar pekongsian bersama....
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
nukilan hati huurun aien at 2:54 AM 1 kata nasihat
Thursday, October 8, 2009
,,sTory 2...
usai sje asgmnt ktabah(ada 4 asgmnt sbnrnya lam kitabah),,ada lg yg menanti,,,Intro 2 human sciences...yg ni easy ckt coz kne wat laporan jer,,report lwtn ke asdaf.Asdaf??bg yg lom tahu,, asdaf ni asrama darul falah yg mnempatkan ank2 org asli yg br memeluk islam,,,masya allah...
Innaddina 'indallahil ISLAM"ssungguhnya agama yg diredhoi Allah hanyalah ISLAM".
SEhari sje dok c2,,n setiap dr kmi diberi seorang adik n adala task2 yg prlu dilakukan ke ats adk2 tersebeut,,,,mcm2 kerenah adk2 ni,,,

sume ni tntg my academic,,,,byk lg,,,hablum minallah,,hablum minannas...
byk lg perlu di ambil kira,,,

ya Allah dhoif nya insan ini,,,,


nukilan hati huurun aien at 9:18 AM 0 kata nasihat
Wednesday, October 7, 2009
sUka Duka sem 1 09/10,,,,st0ry 1
Bismillah....
Salamun'alaik,,,alhamdulillah3x,,,masih lg berada dlm nikmat ISLAM n iman,,, selawat serta salam ke atas junjungan baginda nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda,,
Actually,hri ni dah msuk hari ke 2 penulis berada di rmh setelah usai hbs exam,,,ikotkan ati,,nk update blog ble smpi je rmh,,tp kchatan x m'izinkan coz dmem ( kafarah dosa )... Di sni,,nk cter ckt suka duka sem 1 ni...byk sgt yg berlaku lam sem kli ni,,,cter yg mna ingt,,,
Sem ni merupakan sem yg agk brat bg penulis coz amek 5 sbjek b'bnding ngn sem lps juz amek 3 sbjek,,tmbh pula assgment agk byk,,,dlu relax ja,,tp sem ni,,,td0 pon lwt,,bgn awai,, xpelah lumrah hdup pljr kan??yg agk memeningkan ialah subjek KITABAh,,,ust maad ahmad khalid al-hakim dari basrah,iraq...agk byk asgmnt yg dibri oleh ust,,
Asgnmt 1=al-'arabiyah fi malizia...asgmnt ni perlu dilkukn b'kapel..alhmdllah ditakdrkan ngn huda sukandar,,,km perlu m'cri pamplete pelancongan yg b'bhs arab n dikluarkan oleh syrkat di malaysia,,,pas2 kne cri kslahn ejaan yg ada lam pamplete tu,,then,,kne inf0rm pd syrkt tersbut tntg kslhn yg ada n make sure depa kne perbetulkn balik...byk jge onak dri nyer masa nk siapkan tu..xclap masa dbri 2bln,,,tp sykur coz asgmnt 2 dpt full mark..



continued,,,,

nukilan hati huurun aien at 7:10 AM 4 kata nasihat